Wednesday, 25 May 2011

"Saya seorang agnostik yang baik, boleh saya masuk Syurga awak?"

Persoalan ni dikeluarkan oleh seorang pengguna Facebook di profilenya. Ni memang soalan yang agak sensitif sikit. Dengan kata lainnya die mempersoalkan kenape dalam Islam orang Islam je yang boleh masuk syurga. Kenapa orang yang agama lain tapi baik hati tak boleh masuk syurga. (Kepada sesape yang tak tau, agnostik maknanya orang yang menafi/was-was dengan kewujudan Tuhan)

Ok.

Korang pernah tengok cerita Law Abiding Citizen tak? Best jugak la cerita ni. Movie pasal sorang laki ni (Gerard Butler) balas dendam kat orang2 yang bunuh anak dan isteri dia. Cara dia bunuh memang serius brutal. Time dia bunuh laki first guna racun tu aku tengok sampai jadi pucat (serius aku tak tahan tengok, sampai adik aku pun pelik kat aku). Lepas tu datang la polis2 tangkap dia. Sebelum mintak pengakuan dari laki tu ada seorang peguam (Jamie Foxx) ucap "bravo" kat dia.

Jamie Foxx ucap tahniah kat Gerard Butler

Sekarang ni aku nak korang cuba fikir. Korang rasa tindakan Butler tu adil ke tak? Patut ke dia bunuh orang2 yang bunuh keluarga dia? Mesti ada yang akan cakap patut dan ada jugak yang akan cakap tak patut. Semua ni subjektif, bergantung kepada individu. Pemikiran kita tak sama, tak sempurna. Kalau kita jadi hakim yang akan tentukan Butler ni masuk penjara confirm akan ada orang yang bantah.

Dah nampak dah point aku? Point yang aku cuba nak sampaikan ialah kita manusia takkan dapat membuat satu keputusan yang memuaskan hati semua pihak. Akal kita tak cukup tinggi untuk sampai tahap tu. Macam contoh kat atas tadi la, ada yang cakap Butler tu baik, ada jugak yang cakap Butler tu jahat. Sebab tu lah Allah yang buat peraturan hidup kita. Dan peraturan paling asas yang Allah tetapkan ialah "La ilaha ilAllah". Kalau kau agnostik yang baik kau tetap tak dapat masuk syurga sebab kau buat baik dengan manusia je, tapi Tuhan kau lupa. Kau menafikan kewujudan Dia. Kalau kau ni role model bagi berjuta-juta orang sekalipun tapi kalau yang asas tu kau tak ikut tetap tak boleh jugak. Diibaratkan macam kau beli sangkar kucing, beli makanan kucing, beli syampu kucing tapi kucing kau tak beli. Pointless.

So kesimpulannya: Kenapa orang Islam je yang boleh masuk syurga? Sebab tu peraturan asas yang ditetapkan Tuhan, bukannya manusia yang banyak kelemahan ni.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sekali lagi aku nak menegaskan ni pendapat aku je. Kalau rasa2 salah boleh la tegur baik2 ye.

Thursday, 28 April 2011

Kenapa aku buat blog ni?

Bulan ni aku tak ada post lagi. So alang2 ni baik aku cerita pasal sebab aku buat blog ni.

Aku ada seorang kawan ni. Kenal sejak tadika, rapat sejak tadika. Dia tu antara kawan yang fist aku kenal. Walaupun aku rapat dengan dia tapi aku tak tunjuk sangat kat orang lain. Alaa, biasa la, ego lelaki. Lagipun time tu kalau ko rapat sangat dengan sorang member nanti mula la member2 lain panggil korang pasangan gay. Kalau selalu naik motor sama2 pun kena cop gay jugak. Last2 mamat yang suka sangat sakat orang lain tu yang kena cop gay dengan sorang member kitorang ni. Kena memang kaw2 la sampai diorang tak cakap nak dekat setahun kot. Hahahahahahahaa!!! (Ooops, sori lari tajuk)

Berbalik kepada cerita member aku ni. Dia anak mak. Big time mommy's little baby! Sampai form 5 mak dia tak bagi dia keluar jalan2 jauh. Kalau dapat keluar tu boleh kata miracle lah (tak pun dia tipu mak dia). Bapak dia pulak lain cerita. Suka sangat sebat member aku ni pakai tali pinggang. Rasanya sebab parenting yang berbeza tu dia makin lama makin.......

Time matrik pun kitorang keep in touch lagi. Selalu kot mesej2. Orang lain banyak mesej2 dengan sweetheart diorang tapi aku banyak mesej2 dengan member aku ni (alamak, lain macam pulak bunyi). Kitorang saling contact sampai la aku masuk universiti. Lepas masuk tu aku dah tak banyak mesej2 dengan dia lagi. Sampai la satu hari ni dia telefon aku...

"Aku rasa aku dah jadi atheist la"

Friday, 25 March 2011

Kenapa senyap je?

Tak tau la kalau2 ada orang yang baca blog aku ni. Tapi just in case ada yang baca, blog ni akan jarang2 ada post baru sebab apa yang aku post ni semuanya benda yang aku fikir. Kalau aku dapat fikir logik baru, aku post. Kalau takde, aku...........tak post la

Saturday, 12 March 2011

Kenapa Tuhan bagi Istidraj?

Dulu kat FB ada ramai orang share pasal Istidraj. Kalo ada sape2 yang tak baca lagi boleh la baca kat page ni.

Istidraj (ni bukan page FB. tapi isi sama je)

Basically, istidraj ni satu kelebihan yang Allah bagi kepada manusia yang banyak buat dosa kepadaNya. Tujuan istidraj ni adalah untuk jadikan manusia makin jauh dari Allah.

Persoalannya sekarang, kenapa Allah nak bagi istidraj ni?

Patut ke share video?

Sekarang ni aku tengok ramai yang suka share video kat Facebook. Macam-macam genre diorang share; lawak, seram, jiwang, ceramah dan yang sewaktu dengannya. Aku pun macam user FB lain yang tengah bosan suka la dok tengok-menengok usha-mengusha video member. Ada la jugak benda nak buat kat FB ni. Kalau tak kerja tekan F5 je la kat news feed tu.

Tapi masalahnya

Friday, 11 March 2011

Nak jugak sebok blogging....

Hi world. Welcome me to the world of blogging. Sebelum ni aku dah ada blog kat Wordpress tapi WP tak bape best (leceh kalau nak edit design). Jadi lepas bertungkus-lumus akhirnya dapat la jugak aku buat Blogger. Tak tau la kalau blog akuu ni tahan lama tapi kalau aku rajin nantikan lah post2 yang pasti akan buat otak korang pusing2. Sekian