Thursday, 28 April 2011

Kenapa aku buat blog ni?

Bulan ni aku tak ada post lagi. So alang2 ni baik aku cerita pasal sebab aku buat blog ni.

Aku ada seorang kawan ni. Kenal sejak tadika, rapat sejak tadika. Dia tu antara kawan yang fist aku kenal. Walaupun aku rapat dengan dia tapi aku tak tunjuk sangat kat orang lain. Alaa, biasa la, ego lelaki. Lagipun time tu kalau ko rapat sangat dengan sorang member nanti mula la member2 lain panggil korang pasangan gay. Kalau selalu naik motor sama2 pun kena cop gay jugak. Last2 mamat yang suka sangat sakat orang lain tu yang kena cop gay dengan sorang member kitorang ni. Kena memang kaw2 la sampai diorang tak cakap nak dekat setahun kot. Hahahahahahahaa!!! (Ooops, sori lari tajuk)

Berbalik kepada cerita member aku ni. Dia anak mak. Big time mommy's little baby! Sampai form 5 mak dia tak bagi dia keluar jalan2 jauh. Kalau dapat keluar tu boleh kata miracle lah (tak pun dia tipu mak dia). Bapak dia pulak lain cerita. Suka sangat sebat member aku ni pakai tali pinggang. Rasanya sebab parenting yang berbeza tu dia makin lama makin.......

Time matrik pun kitorang keep in touch lagi. Selalu kot mesej2. Orang lain banyak mesej2 dengan sweetheart diorang tapi aku banyak mesej2 dengan member aku ni (alamak, lain macam pulak bunyi). Kitorang saling contact sampai la aku masuk universiti. Lepas masuk tu aku dah tak banyak mesej2 dengan dia lagi. Sampai la satu hari ni dia telefon aku...

"Aku rasa aku dah jadi atheist la"