Aku ada seorang kawan ni. Kenal sejak tadika, rapat sejak tadika. Dia tu antara kawan yang fist aku kenal. Walaupun aku rapat dengan dia tapi aku tak tunjuk sangat kat orang lain. Alaa, biasa la, ego lelaki. Lagipun time tu kalau ko rapat sangat dengan sorang member nanti mula la member2 lain panggil korang pasangan gay. Kalau selalu naik motor sama2 pun kena cop gay jugak. Last2 mamat yang suka sangat sakat orang lain tu yang kena cop gay dengan sorang member kitorang ni. Kena memang kaw2 la sampai diorang tak cakap nak dekat setahun kot. Hahahahahahahaa!!! (Ooops, sori lari tajuk)
Berbalik kepada cerita member aku ni. Dia anak mak. Big time mommy's little baby! Sampai form 5 mak dia tak bagi dia keluar jalan2 jauh. Kalau dapat keluar tu boleh kata miracle lah (tak pun dia tipu mak dia). Bapak dia pulak lain cerita. Suka sangat sebat member aku ni pakai tali pinggang. Rasanya sebab parenting yang berbeza tu dia makin lama makin.......
Time matrik pun kitorang keep in touch lagi. Selalu kot mesej2. Orang lain banyak mesej2 dengan sweetheart diorang tapi aku banyak mesej2 dengan member aku ni (alamak, lain macam pulak bunyi). Kitorang saling contact sampai la aku masuk universiti. Lepas masuk tu aku dah tak banyak mesej2 dengan dia lagi. Sampai la satu hari ni dia telefon aku...
"Aku rasa aku dah jadi atheist la"
Mak ai! Memang "exciting" gile la dengar ayat tu keluar dari sorang member rapat kau. Lepas tu dengan tak bersedianya aku pun slow talk la dengan dia balik time tu. Tanya dia camne boleh jadi camni, apa jadi dengan kepercayaan dia dengan Islam. Pujuk3, ayat3 sampai lebih sejam, akhirnya dia pun letak telefon. Time tu aku agak cuak jugak la, kot2 aku tersilap cakap kat dia. Lepas 3 hari dia mesej aku tanya cara nak mandi wajib. Happy dow dapat mesej tu. Lepas tu aku ingat dia dah elok balik, so aku biarkan je lah.
Aku silap.
Time cuti aku dengar dari sorang member kitorang yang dia dah tak betul balik. Aku pun jadi la sorang member yang baik, slow talk balik dengan dia. Pastu sekarang ni pulak dia mengaku yang dia dah jadi gay. Aku try untuk tak jadi judgmental, borak2 dengan dia pasal "habit" dia tu sambil try pujuk dia jadi straight balik. Mula2 aku ok, tapi lepas tu aku dengar dari sorang member aku ni yang dia minat kat aku pulak. Oh shi-.......
![]() |
| He needed me. I left him |
Lepas tu terus tak contact dia. Dia mesej pun aku tak reply. Tapi sebab aku ada facebook dia so aku still tau la pasal khabar berita dia. Tapi yang tak bestnya "khabar berita" dia tak pernah best. Tak tau la apa jadi along the way tapi sekarang ni dia jadi pembenci Islam. Dulu dia just tak setuju je, tapi still respect Islam. Tapi sekarang memang dia anti-Islam. Macam2 post dia tulis yang tunjuk perasaan dia terhadap Islam. Gila bersalah kot aku time tu. Aku pun reply la dekat status2 hangat dia tu dan dari tu aku dapat tau dia rupanya terpengaruh dengan 2 orang ni. 2 orang tu buat facebook page palsu untuk buat macam2 propa pasal Islam. Memang aku sangat bengang dengan diorang tu. Point diorang pasal Islam semuanya benda negatif, langsung tak pandang pasal benda positif. Yang sorang ni view Islam in a negative way, yang sorang lagi pulak pandai2 reka cerita pasal Islam. Member aku tu pun ikut je. Aku try la debat dengan diorang beberapa kali, tapi sampai sekarang aku tak dapat pujuk member aku tu kembali kepada Islam....................
############################################################
So, berbalik kepada topik asal: Kenapa aku buat blog ni? Sebab aku nak kembalikan member aku tu (and hopefully all atheists) ke pangkal jalan. Aku tak nak approach diorang menggunakan dalil dan sunnah sebab:
a) aku tau diorang akan reject 1000000% dan
b) aku tak reti sangat bab2 tu.
Sepanjang pemerhatian aku ni aku dapat sedar satu perkara. Islam sangat sangat SANGAT menepati hukum sains (teori evolusi tu tunggu masa je, tak lama lagi mesti dapat dikaitkan dengan Islam) tapi diorang masih tak nak percaya. Kenapa? Perkara ni sangat pelik sebab atheist tu boleh dikatakan menganggap sains sebagai Tuhan. Maka aku mengeluarkan satu postulate: sebab psikologi diorang kot. Maybe diorang terlalu ego untuk admit defeat atau sebab2 lain yang berkaitan dengan psikologi diorang. Maka kalau nak dapat diorang balik kena lah approach dari segi psikologi pulak. We crush their psychology, we crush their ego. Lepas tu InsyaAllah, mereka akan kembali ke pangkal jalan.
InsyaAllah.

No comments:
Post a Comment